Thursday, February 21, 2008

SUMBER KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN SEKOLAH

Punca Kewangan Sekolah

- Kumpulan Wang Kerajaan
- Kumpulan Wang Suwa
- Kumpulan Wang Asrama
- Kumpulan Wang daripada waran peruntukan kecil

KLASIFIKASI

Wang Suwa (sumbangan wang awam) sekolah ialah wang yang
diterima oleh pihak sekolah selain pemberian bantuan daripada pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan kumpulan wang asrama.

Wang Suwa termasuk:
1. Yuran khas (Sukan, Perpustakaan, Pendidikan Seni)
2. Derma daripada orang ramai
3. Sewaan harta sekolah
4. Jualan daripada kedai buku sekolah
5. Yuran peperiksaan dalaman
6. Majalah Sekolah
7. Insuran
8. Majlis Sukan-sukan
9. Lain-lain kutipan yang diluluskan

Wang Suwa digunakan bagi tujuan seperti berikut:
1.Wang yang dikutip khas bagi sesuatu tujuan
Apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada murid-murid ataupun orang awam khas bagi sesuatu tujuan, umpamanya yuran sukan ataupun permainan, wang yang dikutip itu perlu digunakan bagi tujuan itu sahaja.
2.Wang dikutip secara am
Kutipan seperti sewa kantin, derma am adalah kutipan yang tidak dikhaskan bagi sesuatu tujuan. Wang yang diterima daripada punca itu boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi perbelanjaan lain yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada murid-murid.

Bacaan seterusnya KLIK SINI

Read this doc on Scribd: SUMBER KEWANGAN

Monday, January 28, 2008

KURIKULUM DAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

PEDAGOGI MAJOR

OBJEKTIF: Pada akhir tajuk ini guru pelatih dapati:

i. Memahami kandungan kurikulum dan kaedah perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
ii. Mengamalkan langkah keselamatan dan melaksanakan aktiviti di bengkel atau tempat kerja iii. Menyediakan struktur organisasi bengkel/ tempat kerja Kemahiran Hidup, dan
iv. Mengurus bahan, alatan tangan dan rekod secara berkesan dengan menggunakan perisian komputer yang sesuai

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran boleh didapati dengan melayari http://www.ppk.kpm.my/
klik pada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,
Pada bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,
klik Kemahiran Hidup dan Rekacipta.

* anda memerlukan perisian Acrobat Reader untuk membaca fail ini.

Tugasan:

Pilih satu tajuk dalam sukatan mata pelajaran dan drafkan satu RPH untuk tajuk berkenaan selama 2 waktu.

Tugasan akan disemak pada 11/2/08.


PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Read this doc on Scribd: Rancangan Pengajaran Harian

ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

PEROLEHAN ALATAN DAN BAHAN

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Friday, January 18, 2008