Thursday, February 21, 2008

SUMBER KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN SEKOLAH

Punca Kewangan Sekolah

- Kumpulan Wang Kerajaan
- Kumpulan Wang Suwa
- Kumpulan Wang Asrama
- Kumpulan Wang daripada waran peruntukan kecil

KLASIFIKASI

Wang Suwa (sumbangan wang awam) sekolah ialah wang yang
diterima oleh pihak sekolah selain pemberian bantuan daripada pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan kumpulan wang asrama.

Wang Suwa termasuk:
1. Yuran khas (Sukan, Perpustakaan, Pendidikan Seni)
2. Derma daripada orang ramai
3. Sewaan harta sekolah
4. Jualan daripada kedai buku sekolah
5. Yuran peperiksaan dalaman
6. Majalah Sekolah
7. Insuran
8. Majlis Sukan-sukan
9. Lain-lain kutipan yang diluluskan

Wang Suwa digunakan bagi tujuan seperti berikut:
1.Wang yang dikutip khas bagi sesuatu tujuan
Apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada murid-murid ataupun orang awam khas bagi sesuatu tujuan, umpamanya yuran sukan ataupun permainan, wang yang dikutip itu perlu digunakan bagi tujuan itu sahaja.
2.Wang dikutip secara am
Kutipan seperti sewa kantin, derma am adalah kutipan yang tidak dikhaskan bagi sesuatu tujuan. Wang yang diterima daripada punca itu boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi perbelanjaan lain yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada murid-murid.

Bacaan seterusnya KLIK SINI

Read this doc on Scribd: SUMBER KEWANGAN